KUALA LUMPUR, 20 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan permintaan yang lemah, menjejaki penurunan dalam pasaran emasBursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), menurut seorang penganalisis.
Penganalisis tersebut berkata peningkatan risiko geopolitiktermasuk perang Rusia-Ukraine telahmenyediakan sokongan tempat selamat yang terhad sewaktu dolar AS yang lebih kukuh dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.
Kontrakbulan semerta November 2024 menyusutkepada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,636.30 setiap auns troy pada Selasa.
Sementara itu, kontrak untuk Disember 2024, Januari2025, Februari2025 danApril 2025 semuanya ditutup rendahkepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,649.30 sebelumnya.
Jumlah dagangan menguncup kepada lapanlot daripada 10lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 26 kontrak daripada 34 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 19 Nov, 2024,harga emas fizikal berada pada US$2,623.20 setiap auns troy.
— Livevartha