Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa disebabkan oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata pengukuhan dolar AS ini menjadikan emasdalam mata wang dolar AS lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain.

Katanya, apabila ekuiti kelihatan menarik, dorongan untuk meletakkan tunai dalam aset selamat seperti emas secara semula jadi berkurangan.

“Namun begitu, sebarang penurunan dijangkasederhana. Bank-bank pusat di pasaran membangun secara konsisten membeli emas fizikal dalam jangka masa panjang sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS.

“Permintaan yang stabil dan bersifat struktur ini membantu menyokong harga emas, sekali gus mengehadkan kerugian apabila pelabur jangka pendek menjual,” katanya kepada Livevartha.

Kontrak bulan semertaMei 2025 susut kepada US$3,304.70 setiap auns troy daripada US$3,331.20 setiap auns troy pada Isninmanakala kontrak Jun 2025 melemah kepada US$3,318.00 setiap auns troy daripada US$3,344.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Julai, Ogos dan Oktober 2025 turut berkurangankepada US$3,331.70 setiap auns troy daripada US$3,358.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menurun kepada tujuh lot berbanding 23 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka mengecilkepada 51 kontrak daripada 74 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...