Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pemulihan Dalam Pasaran Bon AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pemulihan Dalam Pasaran Bon AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pemulihan Dalam Pasaran Bon AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih rendah pada hari Jumaat, menjejaki kerugian pada Comex selepas komoditi itu melemah susulan pengukuhan dalam pasaran bon Amerika Syarikat (AS),kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkatabulion mencapai rekod tertinggi tetapi melembap ketika menutup minggu ini susulan pemulihan dalam pasaran bon AS.

"Dengan hasil sebenar mula menstabil, emas kini mempunyai persaingan lagi. Kita mungkin akan melihat momentum menaik logam kuning menjadi pudar kecuali wujud risiko sistemik baharu atau keadaan geopolitik yang tidak dijangka," katanya kepada Livevartha.

KontrakApril 2025 meningkat kepada US$3,305.20 setiap auns troy berbanding US$3,329.90 setiap auns troy yang dicatatkan semalam, manakala kontrak Mei 2025 jatuh kepada US$3,315.60 setiap auns troydaripada US$3,340.30 setiap auns troy.

Jun 2025, Julai 2025dan Ogos 2025 semuanya menurun kepada US$3,330.30 setiap auns troy berbanding US$3,355.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan jatuh kepada 142 lot daripada 411 lot,manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 175 kontrak daripada 455 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 17 April London Bullion Market Association,emas fizikal berada padaUS$3,305.65 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...