Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

KUALA LUMPUR, 10 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutuplebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian di pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas pengukuhan dolar US di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perdagangan Donald Trump.

Kontrak Mac 2025 menurun kepada US$2,917.70 satu auns troy berbanding US$2,928.60 satu auns troy yang dicatatkan padaJumaat lepas dan April 2025 menyusut kepadaUS$2,927.50 satu auns troy daripada US $2,938 satu auns troy.

Mei 2025, Jun 2025dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$2,936.70 satu auns troy auns berbanding US$2,946.80 satu auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 141 lot daripada 83 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 201 kontrak daripada 144 kontrak.

Berdasarkan kepada penetapan tengah hari London Bullion Market Association, 7 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2931.15 satu aunstroy.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...