Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Keyakinan Perbincangan Perdagangan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Keyakinan Perbincangan Perdagangan

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Keyakinan Perbincangan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 28 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini dipacuisyaratpositif daripada perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-Asia.

Pengarah Urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkataemas dilihat menyusutbaru-baru ini apabila perbincangan mengenai tarif berkenaan menunjukkan tanda-tandaakan berlaku kelonggaran dasar.

Ini sekali gusmengurangkan kebimbangan pasaransertamemberi kesan negatif terhadap daya tarikan emas sebagai pelaburan komoditi selamat.

"Bagaimanapun, penurunan sementaraini kelihatan lebih kepada pengambilan untungdaripada tanda kemerosotanstrukturyang menunjukkan prospek jangka panjang bagiemas untuk kekal positif," katanya.

Pada penutup daganganhari ini, kontrak bulan semertaApril 2025 merosotkepada US$3,280.90setiap auns troy daripada US$3,307.20 pada Jumaatdan Mei 2025 menurun kepada US$3,289.90 setiapauns troy daripada US$3,316.20 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025dan Ogos 2025 susutkepada US$3,307.10 setiapauns troy daripada US$3,332.80 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan pula meningkat kepada 202 lot daripada 37 lot pada Jumaatmanakala kepentinganterbuka berkurangkepada 36 kontrak daripada88 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25April 2025, emas fizikal beradapada harga US$3,277.30 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...