Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dipengaruhi Penangguhan Tarif Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dipengaruhi Penangguhan Tarif Trump

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dipengaruhi Penangguhan Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi olehtindakan Presiden Amerika Syarikat(AS) Donald Trumpmenangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Trump membuat keputusan untuk menangguhkan tarif sebanyak 50 peratus ke atas barangan EU sehingga 9 Julai untuk memberi lebih masa kepada kedua-dua pihak bagi merundingkan perjanjian.

Kontrak bulan semerta Mei 2025 menyusutkepada US$3,331.20 setiap auns troydaripada US$3,336.50 setiap auns troy pada Jumaat lepasmanakala kontrak Jun 2025 berkurangankepada US$3,344.70 setiap auns troy daripada US$3,349.70setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 masing-masing menyusut kepada US$3,358.40 setiap auns troy daripada US$3,363.40 setiap auns troy auns sebelum ini.

Jumlah dagangan merosot kepada 23 lot daripada 45 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 74 kontrak daripada 82 kontrak.

Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 23 Mei, harga emas fizikal sebanyakUS$3,342.65 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...