Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Pertikaian Tarif Antara AS, China
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Pertikaian Tarif Antara AS, China

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Pertikaian Tarif Antara AS, China

KUALA LUMPUR, 30 April(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari inidi tengah-tengah permintaan lemah terhadap logam berharga itu, berikutan perselisihan tarif yang berlanjutan antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus menjejaskan sentimen.

Pengarah UrusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata kepada Livevartha, walaupun terdapat ketegangan perdagangan, penurunan dalam pertikaian tarif telah melemahkan permintaan terhadap jongkong emas sebagai aset selamat.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta bulan April 2025 susut kepadaUS$3,284.30 setiap auns troy daripadaUS$3,316.90 semalam, manakala Mei 2025 merosot kepada US$3,293.30setiap auns troy berbandingUS$3,325.90 sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 turun kepadaUS$3,311.10 setiap auns troy daripadaUS$3,343.70 pada Selasa.

Jumlah dagangan menyusut kepada 53 lot daripada 64 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 90 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 29 April, harga emas fizikal berada padaUS$3,305.05 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...