Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

KUALA LUMPUR, 2 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Selasamenjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Menurut laporan yang memetik penganalisis dan peniaga, harga emas dijangka mencecah rekod tertinggi berikutan risiko terhadap tarif import yang mengehadkan penghantaran komoditi itu ke Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan hari ini, bulan semerta baharu April 2025 meningkat kepada US$3,142.00 setiap auns troy daripada US$3,080.20 setiap auns troypada Jumaat lepas, dan Mei 2025 menokok kepada US$3,152.00 setiap auns troy berbanding US$3,090.20 setiap auns troy pada minggu lepas.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya mengukuh kepada US$3,164.80 setiap auns troy daripada US$3,090.20 setiap auns troysebelumnya.

Jumlah dagangan bertambah kepada 35 lot daripada 32 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 113 kontrak daripada 78 kontrak sebelum ini.

Pasaran Malaysia ditutup sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri pada Isnin dan Selasa.

Mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 1 April, harga emas fizikal berada pada US$3,133.70 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...