Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Julai(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari inidisokong oleh jangkaanmeningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes.
Beliau berkata para pelabur akan memantau dengan teliti data pembuatan ISM AS yang akan dikeluarkan hari ini.
“Jika laporan tersebut menunjukkan permintaan yang lemahseperti penurunan dalam harga yang dibayar, pesanan baharuatau pekerjaan, ia boleh memberi tekanan tambahan kepada dolar AS dan seterusnya menyokong harga emas,” katanya kepada Livevartha.
Kontrak bulan semertabagi Julai 2025 meningkat kepada US$3,358.30 setiap auns troy daripada US$3,296.80 setiap auns troy pada Isninmanakala kontrak bagi Ogos dan September 2025 masing-masing naikkepada US$3,373.10 daripada US$3,312.50 setiap auns troy.
Kontrak bagi Oktober dan Disember 2025 melonjak kepada US$3,406.80 setiap auns troy daripada US$3,312.50 setiap auns troy pada Isnin.
Jumlah dagangan berkembangkepada 19 lot berbanding tiga lot sebelumnyamanakala kepentingan terbuka bertambahkepada 35 kontrak daripada 24 kontrak.
Emas fizikal berharga pada US$3,287.45 setiap auns troy, menurut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 30 Jun, 2025.
— Livevartha