Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih kukuh hari ini susulan peningkatan keyakinan pasaran terhadap pengurangan potensi kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata peralihan dalam jangkaan diikuti data pekerjaan AS yang lebih lemah berbanding unjuran daripada Automatic Data Processing Inc (ADP) dengan hanya tambahan 33,000 pekerjaan pada Jun, mengukuhkan jangkaan dua pemotongan kadar AS tahun ini selain memberi tekanan ke atasdolar US.

"Ini menjejaskan dolar US tetapi menyediakan persekitaran yang menyokong emas," katanya kepada Livevartha, sambil menambah bahawa keuntungan diimbangi buat masa sekarang disebabkan selera risiko yang lebih mantap dalam ekuiti AS.

Kontrak Julai 2025 meningkat kepada US$3,364.20 setiap auns troy daripada US$3,352.80, Ogos 2025 menokok kepada US$3,379.70 daripada US$3,368.10dan September 2025 bertambah kepada US$3,394.60 berbanding US$3,383.00 sebelumnya.

Kontrak Oktober serta Disember 2025, masing-masingmelonjak kepada US$3,413.40 daripada US$3,402.20 yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan naik kepada 40 lot berbanding 23 lot sebelum ini, manakala kepentinganterbuka naik kepada 65 kontrak daripada 45 kontrak.

Emas fizikal berharga US$3,335.70 setiap aunstroy berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 2 Julai 2025.

— Livevartha

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...