Thursday , 26 December 2024
Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DINIAGAKAN DALAM JAJARAN KECIL MINGGU DEPAN
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DINIAGAKAN DALAM JAJARAN KECIL MINGGU DEPAN

NIAGA HADAPAN EMAS DINIAGAKAN DALAM JAJARAN KECIL MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan pada harga semasanya, kata Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes.

Beliau berkata, disebabkan ketiadaan kekacauan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang ketara, emas mungkin kekal terperangkap dalam julat semasanya iaitu di antara US$2,625 hingga US$2,675 setiap auns troy pada minggu hadapan selain menunggu pemangkin pasaran yang muktamad.

\”Data pekerjaan yang lebih lemah daripada jangkaan boleh membangkitkan semula harapan untuk penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Januari, yang berpotensi memberikan emas rangsangan yang sangat diperlukan,\” katanya kepada Livevartha.

Innes berkata kilauan emas telah berkurang dengan ketara apabila spekulator wang pantas beralih tumpuan mereka kepada pasaran kripto yang lebih tidak menentu.

“Tunjang tradisional yang pernah menyokong emas iaitu penurunan kadar Fed yang agresif, dolar AS yang semakin lemah, kebimbangan kemelesetan dan statusnya sebagai lindung nilai geopolitik, telah hilang sepenuhnya berikutan tempoh peralihan yang agak lancar di bawah Presiden Donald Trump yang akan datang.

\”Penurunan indeks kebimbangan utama seperti VIX dan MOVE Index telah secara efektif mengehadkan sebarang potensi lonjakan harga emas,\” katanya.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas menunjukkan aliran yang bercampur-campur, turun naik antara mencerminkan momentum Bursa Komoditi New York (COMEX) AS selain permintaan yang suram.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini lebih rendah kepada US$2,653.8 setiap auns troy daripada US$2,659.30 setiap auns troy minggu lepas, tetapi kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,666.0 daripada US$2,659.30 setiap auns troy minggu lepas.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025, April 2025 dan Mei 2025 juga ditutup lebih tinggi pada US$2,678.10 setiap auns troy daripada US$2,659.30 setiap auns troy minggu lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha)–Ringgit dibuka lebih...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 24 Dis(Livevartha) — Ringgit mengekalkan trajektori...