Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan lebih rendah pada minggu depan, didorong oleh perkembanganrundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akhir minggu ini, sekali gus merangsang permintaan terhadap dolar AS namun memberi kesan ke atas harga emas.

“Emas tetap terikat dengan kaitannya dengan dolar. Jika dolar AS meningkat susulan kemajuan perjanjian perdagangan,sama ada dengan China atau ekonomi ASEAN lain,emas sebaliknya berkemungkinankembali ke paras sekitar US$3,300 setiap auns troy,” kataRakan Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes kepada Livevartha.

Bagaimanapun, beliau berkatajika dolar AS lemah dalam senario ketegangan perdagangan AS-China atau ketidakpastian dasar, emas mungkin melonjak semula ke arah US$3,350 setiap auns troy selepas emas kembali menjadi aset selamat terhadap risiko geopolitik.

"Rundingan dagangan AS-China di Switzerland pada hujung minggu ini sememangnyapenting. Hasil yang konstruktif, sama ada pengurangan tarif hingga boleh menyokong dolar AS memandangkan aliran risiko mengutamakan aset AS selain menjadikan keadaan lebih jelas,” katanya.

“Jika rundingan itu gagal atau terhenti, jangkaan sentimen akan merosot dengan cepat dan berpotensi meningkatkan emas serta menjejaskan tawaran dolar AS pada akhir minggu," katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semasaMei 2025 menokok kepada US$3,335.10 setiap auns troy daripada US$3,274.10 minggu sebelumnya.

Kontrak bagi Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025dan Oktober 2025 meningkat kepada US$3,348.10 setiap auns troy daripada US$3,288.10.

Selain itu, jumlah dagangan mengukuh kepada 455 lot daripada 352 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentinganterbuka meningkat kepada 42 kontrak daripada 40 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...