Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 April(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan dinamik geopolitik yang berubah.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi berharga itu berkemungkinan diniagakan dalam julat yang lebih luas apabila pelabur menilai isyarat bercampur-campur daripada ekonomi-ekonomiutama.

"Minggu depan mungkin menyaksikan lebih banyak turun naik yang sama. Dengan pemimpin-pemimpin ASEAN bersiap sedia untuk potensi perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat dan China bagi menunjukkan kelonggaran diplomatik, naratif itu mungkin terus condong ke arah optimis yang berhati-hati.

"Jika itu berterusan, emas mungkin berhadapan kesukaran untuk mendapatkan semula momentum menaik yang kukuh dalam tempoh terdekat. Memandangkan sifat rundingan perdagangan global yang tidak menentu, penurunan juga mungkin terhad.

"Turun naik harga komoditi itu selama seminggu kini berada sekitar 6.2 peratus, menunjukkan julat dagangan yang diunjurkan sekitar US$90 berdasarkan harga semerta yang hampir dengan US$3,300," katanya kepada Livevartha.

Innes berkatajulat yang dijangkakan secara munasabah iaitu antara US$3,270 dan US$3,360 setiap auns troy pada minggu depan, mencerminkan ketidaktentuan yang berterusan dan tindak balas pantas pasaran terhadap isyarat dasar.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta April meningkat kepada US$3,307.20 setiap auns troy daripada US$3,305.20 setiap auns troy pada minggu lepas, manakala Mei 2025 menokok kepada US$3,316.20 setiap auns troydaripada US$3,315.60 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing meningkat kepada US$3,332.80 setiap auns troy daripada US$3,330.30 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 871 lot daripada 1,984 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 88 kontrak daripada 175 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...