Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives dijangkamengekalkan momentum kenaikannya minggu hadapan sewaktukonflik Rusia-Ukraine berterusan, kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun, penganalisis itu berkata, jangkaan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh boleh memberi tekanan penurunanpada harga logam berharga tersebut.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas kebanyakannya diniagakan lebih tinggi, mengikuti kenaikan yang stabil di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX), AS sewaktuperang Rusia-Ukraine berterusan.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November mengakhiri minggu ini lebih tinggi kepadaUS$2,698.70 setiap auns troy daripada US$2,572.30 setiap auns troy minggu lepas.

Sementara itu, kontrakDisember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 juga ditutup lebih tinggi kepada US$2,712.10 setiap auns troy daripadaUS$2,585.80 minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada39lot daripada 45lot minggu lepas manakala kepentingan terbukaberkurang kepada 28 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 Nov, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,665.30 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...