Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniaga Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniaga Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniaga Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Sept(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan akan meneruskan dagangandalam julat kecildengan kecenderungan menaik minggu depan, mengambil petunjuk daripada pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innesberkata pasaran emas dijangka menjejaki prestasi dolar AS di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunankadar faedah AS.

“Kita menjangkakan emas akan menjejaki pergerakan dolar AS,dengan keadaan penurunanemas dapat diatasi dengan cepat, dan sebaik sahaja risiko pilihan raya AS menjadi tumpuan, saya menjangkakan harga emas akan meningkat," katanya kepada Livevartha.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2024 jatuh kepada US$2,539.00 setiap auns troy berbanding US$2,546.50 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup rendah pada US$2,539.00 daripada US$2,548.80 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan turun kepada 56 lot daripada 73 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,509.55 setiap auns troy, menurut penetapan tengah hari Persatuan Pasaran JongkongLondon pada 5 Sept, 2024.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...