Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pergerakan harga emas COMEX.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Kelvin Wong memberitahu Livevartha, terdapat korelasi langsung antara harga emas dengan kemungkinan Donald Trump akan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau mengaitkan hubungan itu dengan dasar fiskal Trump, khususnya pemotongan cukai korporat yang ketara, yang merupakan sebahagian daripada agenda ekonominya yang dikenali sebagai "Trumponomics";.

"Ini adalah baik untuk emas, bertindak sebagai pelindung nilai semasa penguasaan fiskal yang mungkin menyebabkan peserta pasaran mempersoalkan kedudukan kredit dan kesolvenan kerajaan AS,” kata Wong.

DariJumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2024 tidak berubah dan berada pada US$2,372.40 setiap auns troy.

Kontrak untuk Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditambat pada US$2,385.80 berbanding US$2,434.10 setiap auns troysebelum ini.

Jumlah dagangan menokok kepada 110 lot berbanding 107 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 53 kontrak daripada 36 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,364.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang Persatuan Pasaran Bullion London pada 25 Julai.

Related Articles

​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 4 Nov (Livevartha)– Ringgit mencatatkan...

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 2 Nov(Livevartha) –Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan Susulan Pengukuhan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan Susulan Pengukuhan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) — Niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh NurulJannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...