Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) –Pasaran niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelangpilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini, kata peniaga.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata sesiapa pun yang menang dalam pilihan raya itu sama ada Donald Trump atau Kamala Harris, ia akan mempengaruhi harga pasaran walaupun kemenangan Kamala Harris dijangka akan menjejaskan ekonomi AS.

Beliau berkata sekiranya di bawah pentadbiran Harris, pasaran diunjurakan menyaksikan defisit meningkatdan dolar AS menjadi lemah, pada masa sama iaakan menyokong kenaikan emas.

“Seandainya Harris menjadi presiden AS, risiko geopolitik mungkin akan meningkat kerana ‘pendirian berlembut’beliau di pentas global…faktor yang hanya menambah daya tarikan emas sebagai aset selamat,” kata Innes kepada Livevartha.

Pasaran emas didagangkan kebanyakannya lebih tinggi pada minggu yang baru berakhir kerana pelabur beralih kepada aset selamat seperti emas berikutan turun naik pasaran menjelang pilihan raya presiden AS.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya dittutup pada Khamis (31 Oktober) sempena cuti umum perayaan Deepavali.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Oktober2024 meningkat kepadaUS$2,764.90 setiap auns troy daripadaUS$2,720.90 setiap auns troy minggu lepas dan November 2024 naik kepadaUS$2,777.20 setiap auns troy daripadaUS$2,737.20 sebelumnya.

Kontrak DIsember2024, Januari2025 danFebruari2025 masing-masing melonjak kepadaUS$2,777.20 setiap auns troy daripadaUS$2,745.30 auns troy minggu lepas.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...