Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-Hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-Hati Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-Hati Minggu Depan

Emas/Gold

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara berhati-hati pada minggu depan susulan pelabur menunggu butiran konkrit mengenai dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. 

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata bank-bank pusat di pasaran pesat membangun dijangka terus membeli emas semasa penurunan harga dengan pelabur Asia juga mengambil kesempatan ke atas harga yang lebih rendah sebagai perlindungan terhadap ketegangan perdagangan selain kemungkinan berlaku penyusutan mata wang tempatan.

\”Kejelasan mengenai pengembangan fiskal dan strategi perdagangan dalam beberapa bulan yang akan datang boleh memberi pengaruh positif terhadap harga emas.

\”Sementara itu, emas dijangka bergerak seiring dengan dolar AS yang bertindak sebagai proksi untuk penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed), apabila data ekonomi yang lebih lemah akan menguntungkan emas.

\”Jangkaan dagangan yang diunjurkan untuk emas adalah antara US$2,670 setiap auns troy dan US$2,730 setiap auns troy,\” katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November 2024 ditutup lebih rendah kepada US$2,692.70 setiap auns troy daripada US$2,777.20 setiap auns troy minggu lalu manakala kontrak Disember 2024 susut kepada US$2,705.60 setiap auns troy daripada US$2,777.20 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 juga menguncup kepada US$2,705.60 setiap auns troy daripada US$2,777.20 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 82 lot daripada 32 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 31 kontrak daripada lapan kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Nov, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,692 setiap auns troy.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...