Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam jajaran kecil minggu depan dipengaruhi oleh perkembangan semasa di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata kenaikan dalam ekuiti AS mengehadkan momentum menaiknya manakala jangkaan penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed)AS diunjurkan memberi kesan negatif.
Bagaimanapun, beliau berkata faktor peralihansebenar terletak pada dolar US kerana ia kekal lemah, mungkin mencerminkan kurang pendedahan global kepada kenaikansemula ekuiti AS walaupun Wall Street mencatakan kenaikan.
“Jika aliran masuk asing mula memasukisyarikat teknologi terkemukaAS dan dolar US berkedudukan seiring denganpasaran ekuiti, emas boleh menghadapi tekanan penurunan.
"Walaupun unjuran emas jangka pendek kelihatan dalam jajaran kecil, landskapnya tidak berubah dan berkemungkinan berlaku kenaikan jika kedudukan makro berubah dengan ketara," katanya kepada Livevartha.
Sehubunganitu, beliau berkata niaga hadapan emas akan didagangkan dalam jajaran kecilantara US$3,260 dan US$3,340 setiap troy auns minggu depan.
Pasaranditutup pada 27Jun, 2025, sempena cuti Awal Muharram.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 susut kepada US$3,340.80 setiap auns troy pada Khamis daripada US$3,3,60setiap auns troy Jumaat lepas, manakala kontrak Julai 2025 turun kepada US$3,355.10setiap auns troy daripada US$3,366.50 setiap auns troy sebelum itu.