Home Pasaran MPOB Alu-alukan Keputusan Kesatuan Eropah Tangguh Pelaksanaan EUDR
Pasaran

MPOB Alu-alukan Keputusan Kesatuan Eropah Tangguh Pelaksanaan EUDR

MPOB Alu-alukan Keputusan Kesatuan Eropah Tangguh Pelaksanaan EUDR

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Livevartha) –Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)mengalu-alukankeputusan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk menangguhkan pelaksanaanPeraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) sehingga 30 Disember, 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Belvinder Sron berkata penangguhan itu adalah langkah wajar, memberikan kelegaan kepada perniagaan yang memerlukan masa tambahan untuk membuat persediaanbagi pematuhan terhadap peraturan kompleks EUDR.

“Ini adalah kemenangan kerana menggunakan akal fikiran (common sense) dan memberi kelegaan kepadasemua perniagaan yang memintapenangguhan pelaksanaan tersebut.

“Pengeksport minyak sawit Malaysia boleh mematuhi EUDR…tiadakeraguan mengenainya.Komitmen Malaysia terhadap bebaspenebangan hutan termaktub dalam undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkataMinyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalahskim pensijilan minyak sawit mandatori terkemuka di dunia.

Sron berkatakeputusan EC untuk menangguhkan pelaksanaan membolehkan rantaian bekalan global menyesuaikan diri dengan keperluan teknikal dan pentadbiran EUDR tanpa risiko gangguan perdagangan terutamanya untukpekebun kecil.

“Malaysia lantang bersuarasupaya menangguhkan pelaksanaan EUDRdan secara konsisten memberi amaran bahawa tarikh akhir2024 ditetapkan tidak dapat dilaksanakan berdasarkan kepadakesediaan sistem Kesatuan Eropah(EU),” katanya.

Permohonanpenangguhan itu disokong oleh kerajaan, industri dan golongan pakar di seluruh dunia, semuanya bimbang mengenaikesan negatif yang berpotensi berlaku terhadap pengeluar kecil-kecilandan industri minyak sawit.

Sron berkata lanjutan masa diberikan ituharus digunakan untuk menangani kebimbangan utama termasuk pengecualian kepadapekebun kecil untuk mengelakkan mereka diketepikan daripada rantaian bekalan antarabangsa, mewujudkankriteria penanda aras yang telus untuk kategorikan komoditi dihasilkan secara mampan seperti minyak sawit Malaysia sebagai 'berisiko rendah’dan penerimaan pensijilan MSPO sebagai pematuhan diiktiraf bagiEUDR.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...