Home Pasaran Momentum Pengukuhan Ringgit Dijangka Berterusan Minggu Depan
Pasaran

Momentum Pengukuhan Ringgit Dijangka Berterusan Minggu Depan

Momentum Pengukuhan Ringgit Dijangka Berterusan Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Livevartha) — Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, didorong oleh isyarat Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai potensi penurunan kadar faedah pada September.

Ketua Ahli Ekonomi BankMuamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu dijangka terus meningkat dan berkemungkinan diniagakan pada paras 4.3650 hingga 4.3750 berbanding dolar AS.

“Data penting yang perlu ditumpukan pada minggu depan adalah Indeks Harga Perbelanjaan Peribadi AS (PCE) bagi Julai merangkumi keseluruhan dan teras yang dapat memberi gambaran lebih tepat mengenai hala tuju dolar AS.

“Setakat ini,inflasi keseluruhan dan teras PCE Jun masing-masing susut kepada 2.5 peratus dan 2.6 peratus," katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, Kenanga Investment Bank Bhd juga menjangkakan aliran masuk modal berterusan ke Malaysia, didorong oleh prospek domestik yang kukuh, kelembapan ekonomi AS dan potensi pelonggaran dasarmonetari globalyang kesemuanya berpotensi merangsang pergerakan ringgit.

Menerusi nota penyelidikannya, bank pelaburan itu berkata terdapat bukti yang menunjukkan kepada ekonomi AS perlahan, inflasi menurundan sentimen kadar rendah daripadaFed bolehterus menjejaskan indeks dolar AS,berpotensi mengekalkannya pada paras 101.0 – dapat memberi manfaat kepada ringgit.

“Susulan ketidaktentuan membabitkan pengurangan kadar faedah Fed – dari segi skala dan kekerapan, selain pendekatan bank pusat yang dipacu oleh data, pengumuman data penting AS pada minggu depan, terutama teras PCE, akan diikuti rapat oleh pasaran,” katanya.

Pengerusi FedJerome Powell, dalam ucapan pada Jumaat, memberikan petunjuk yang jelas bahawa penurunan kadar faedah AS yang telah lama dinantikan dijangka akan berlaku pada bulan depan.

Related Articles

NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA CENDERUNG MENINGKAT MINGGU DEPAN
Pasaran

NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA CENDERUNG MENINGKAT MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

NIAGA HADAPAN EMAS DINIAGAKAN DALAM JAJARAN KECIL MINGGU DEPAN
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DINIAGAKAN DALAM JAJARAN KECIL MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Pasaran

CPO LIKELY TO TRADE WITH UPWARD BIAS NEXT WEEK

KUALA LUMPUR, Dec 7 (Livevartha) — The crude palm oil (CPO) futures...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

David Ng Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha)...