Home Pasaran Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram, kata penganalisis.

Pada9.05 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.51 mata atau 0.73 peratus kepada1,454.31 daripada 1,443.80, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 7.63 mata kepada 1,451.43.

Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 392 berbanding 105 manakala 208 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,644 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 156.59 juta saham bernilai RM133.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terus diasak sesi ketidakpastian di tengah-tengah perkembangan mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu.

"Walaupun berlakunya aktiviti memburu saham berharga rendah, keyakinan jelas tipis berikutan tindakanPresiden Donald Trump yang mahu mengenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China jika Beijing enggan menarik balik tarif timbal balas 34 peratus mereka," katanya kepada Livevartha.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakanaktiviti memburu saham berharga rendah akan berlaku berikutan penjualan di seratarantau ini sebagai reaksi terhadap pengumuman tarif global Trump pada minggu lepas.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...