KUALA LUMPUR, 7 Feb(Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Jumaat, dipacu minat belian berterusan dalam saham mewah terpilih yang didahului oleh kaunter utiliti dan perbankan, kata penganalisis.
Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.26 peratus atau4.24 mata kepada 1,589.41 daripada 1,585.17 pada akhir urus niaga semalam.
Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 1.55 mata kepada 1,583.62, bergerak dalam julat 1,582.92 hingga 1,590.86 sepanjang sesi dagangan pagi ini.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu575 berbanding336 manakala 417 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 989 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak1.67bilion unit bernilai RM1.08 bilion.
Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjutan, menyebabkan kalangan pengeluar mempelbagaikan pangkalan pengeluaran masing-masing.
Langkah itu, katanya, hanya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab perindustrian strategik yang memberi manfaat kepada sektor seperti pembinaan, bahan binaan dan utiliti.
Dari sudut teknikal, paras rintangan dijangkakan dalam lingkungan1,600-1,605 mata manakala paras sokongan pada1,565-1,570 mata pada hari ini.
Saham wajaran tinggi menyaksikanYTL Power naik 17sen kepada RM3.40sen, CIMB dan TM meraih 12 sen masing-masing padaRM8.34 dan RM6.76, YTL Corporation menokok 7.0 sen kepada RM2.04 dan Gamuda meningkat 9.0 sen kepadaRM4.51.