Tuesday , 26 November 2024
Home Pasaran Masa Hadapan MSM Mengakhiri Kerugian Tiga Hari Selepas Pengukuhan Harga Minyak Soya
Pasaran

Masa Hadapan MSM Mengakhiri Kerugian Tiga Hari Selepas Pengukuhan Harga Minyak Soya

Masa Hadapan MSM Mengakhiri Kerugian Tiga Hari Selepas Pengukuhan Harga Minyak Soya

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebihtinggi hari ini, berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata jangkaan keluaran yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang turut mempengaruhi sentimen pasaran.

"Kami mengesan sokongan harga pada paras RM4,600 satu tan dan rintangan pada RM4,850 satu tan," kata Ng kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani berkata kenaikan cukai eksport minyak sawit Indonesia dan levi pada Disember 2024 telah meningkatkan kemungkinan lantunan semula dalam niaga hadapan minyak sawit Malaysia.

“Bagaimanapun, pasaran masih skeptikal terhadap mandat biodiesel B40 Indonesia, sama ada ia bermula dari 1 Jan 2025atau akan ditangguhkan,” katanya.

Anilkumar juga berkata prestasi eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 20 November, dianggarkan oleh Intertek Testing Services, turun sebanyak 5.32 peratus atau 981,687 tan.

Ini diikuti oleh anggaran AmSpec Agri Malaysia yang menunjukkan pengurangan sebanyak 1.38 peratus, pada 963,302 tandaripada anggaran eksport masing-masing bagi tempoh 1 hingga 20 Oktober.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat sebanyak RM39 kepada RM4,829 setan, kontrak Januari 2025 menokok sebanyak RM53 kepada RM4,767 setandan Februari 2025 naik RM57 kepada RM4,699 setan.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Pengukuhan Dolar US
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Pengukuhan Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 26 Nov (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan momentum minggu lepas dengan dibuka...

Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 25 Nov(Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi...

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari
Pasaran

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 25 Nov(Livevartha) — Indeks barometerBursa Malaysia...