Home Pasaran Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah, diasak oleh kekurangan pemangkin baharu yang turut memaparkan aliran di peringkat pasaran serantau.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.42 mataatau 0.09 peratuskepada 1,571.60 daripada 1,573.02, semalam

Indeks penanda aras itudibuka menokok 2.58 mata kepada 1,575.60 dan seterusnya bergerak dalam julat 1,570.20 hingga 1,580.06 sepanjang sesi pagi.

Pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 589 berbanding 286 manakala423 kaunter tidak berubah, 1,098 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.85 bilion saham bernilai RM1.03 bilion.

Pedagang ActivTradesAnderson Alvesberkata ekuiti Asia cenderung diniagakan lemah pada hari ini ketika data Amerika Syarikat yang bercampur-campur terusmempengaruhi harga menjelang tamatnya pilihan bulanan.

“Peniaga turut memantau perkembangan terkini tarif yang boleh mempengaruhi pasaran Asia,” katanya.

Di peringkat tempatan,Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.4 peratus dalam suku pertama 2025, didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan disokong olehkeadaan pasaran pekerja yang positif dan dasar kerajaan, berbanding 4.2 peratus dalam tempoh sama 2024.

Saham wajaran tinggi menyaksikanMaybank naik dua sen kepada RM10.12, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.20, IHH Healthcare susut dua sen kepada RM7.01 dan Public Bank sertaCIMB masing-masing turun kepadaRM4.50 dan RM7.15.’

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung 
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung 

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...