Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi hari ini didorong sentimen pelabur yangberhati-hati kerana mereka menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS)minggu depan, sebelum memilih hala tuju pasaran.

Peniaga berkataaliran kekal meningkat susulan kitaran pelonggaran dasar oleh Rizab Persekutuan AS namun, pembetulanjangka masa pendek dijangkadicetuskan olehpenetapan semulaharga berikutan kemungkinan pengurangan kadar faedah.

Kontrak semerta Disember 2024,dan Januari 2025 masing-masingtinggi iaitu US$2,658.50 setiap auns troy danUS$2,658.50 setiap auns troy, manakala Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup padaUS$2,682.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurang kepada 15 lot daripada 40 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 35 kontrak daripada55 kontrak.

Mengikut penetapan Persatuan Pasaran Jongkong London pada 2 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,642.15 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...