Home Pasaran Kontrak Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Kontrak Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Kontrak Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara berhati-hati minggu depan berikutan ketidakpastian global.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan FBM KLCI didagangkan dalam julat antara 1,500 hingga 1,530 pada minggu akan datang.

“Bagi bursa tempatan, kami kekal dengan pandangan berhati-hati berikutan ketidakpastian makroekonomi, terutama dengan kemungkinan perang perdagangan yang semakin meningkat.

“Walaupun wujud ketidakpastian jangka masa pendek, kami tetap yakin dengan prospek jangka masa panjang, disokong oleh penilaian yang menarik, pendapatan kukuh, dan daya tahan ekonomi tempatan,” katanya kepada Livevartha.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Mac 2025 susut 1.5 mata kepada 1,500.0 manakala April 2025, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing berkurangan 7.0 mata kepada 1,502.5, 1,505.0 dan 1,492.0.

Jumlah dagangan susut kepada 38,704 lot daripada 60,103 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 54,340 kontrak daripada 49,602 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, indeks utama susut 6.70 mata kepada 1,505.45 daripada 1,512.15 minggu lepas.

Operasi Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada Selasa 18 Mac sempena cuti umum Nuzul al-Quran.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...