Home Pasaran Ketidaktentuan Global Dorong Getah Tempatan Ditutup Rendah
Pasaran

Ketidaktentuan Global Dorong Getah Tempatan Ditutup Rendah

Ketidaktentuan Global Dorong Getah Tempatan Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia meneruskan penyusutan hari ini ketika pasaran getah serantau mengalami isyarat bercampur-campur memandangkan perubahan dasar tarif mencetuskan ketidaktentuan dan meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan melibatkan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Menurutnya sentimen pasaran turut dijejaskan oleh data ekonomi China yang lembap dan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.

"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kebimbangan terhadap bekalan getah berikutan musim daun pokok getah luruh di negara pengeluar getah asli dan harga minyak mentah yang stabil," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata eksport China untuk tempoh Januari hingga Februari meningkat 2.3 peratus tahun ke tahun dari segi nilai manakala import menurun pada kadar tidak dijangka iaitu 8.4 peratus, dipacu oleh penurunan import yang lebih besar berbanding jangkaan berikutan tarif perdagangan AS dan permintaan domestik yang lemah.

Sementara itu, harga minyak kekal stabil hari ini, bergerak menghampiri paras terendah tahun ini memandangkan perubahan dasar tarif AS dan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan memberikan tekanan ke atas pasaran.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 menyusut lima sen kepada 899.50 sen sekilogram pada 3 petang manakala lateks pukal merosot dua sen kepada 708.00 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...