Wednesday , 26 February 2025
Home Pasaran Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 25 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan yang terhad berikutan musim daun getah gugur di negara pengeluar getah asli selain kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata musim menoreh dilaporkan telah berakhir di Vietnam dan timur laut Thailand manakala pengeluaran getah asli di selatan Thailand telah menurun dengan ketara, seterusnya mengurangkan bekalan di peringkat global dalam keadaan permintaan yang stabil.

Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan serantau, didorong oleh kebimbangan mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan perdagangan global, katanya kepada Livevartha.

“Niaga hadapan getah Jepun rendah pada Selasa didorong oleh kebimbangan mengenai pelan tarif Presiden AS Donald Trump, walaupun penurunan dihadkan oleh prospek bekalan yang terhad daripada pengeluar utama Thailand,” katanya.

Pada masa ini, minyak mentah Brent naik 0.27 peratus kepada US$74.98 setong.

Sehingga 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 12 sen kepada 930.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik enamsen kepada 703.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 26 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan...

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari...