Home Pasaran Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Sept(Livevartha) — Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunanmendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis.

Tenaga Nasional turun enam sen kepadaRM14.60 danYTL Power susut21 sen kepadaRM3.62, mendorong indeks komposit turun sebanyak6.09 mata.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.99 mata atau 0.72 peratus kepada1,659.33. Indeks penanda aras itu dibuka rendah2.73 mata pada1,668.59.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 597 berbanding349, dengan 438 kaunter tidak berubah, 1,142 tidak diniagakan dan 123 digantung. Jumlah dagangan berjumlah 1.82 bilion saham bernilai RM1.23 bilion.

Dilaporkan harga minyak turun mendadak selepas Arab Saudi menurunkan harga sasaran kepadaUS$100 setong, sebagai persediaan untuk meningkatkan pengeluaran,bersama anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya pada Disember.

Rakan kongsi pengurusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata pasaran saham Malaysia cenderung lebih sensitif terhadap pergerakan sektor tenaga.

"Peningkatan berterusan hasil Amerika Syarikat (AS), ditambah dengan kemungkinan penurunan 50 mata asas kadar faedah AS pada November mungkin menjejaskan selera risiko tempatan hari ini.

"Di samping itu, faktor bermusim dijangka mempengaruhi keputusan pelabur dan spekulator. Berikutan penghujung suku yang semakin hampirsertapasaran China akan ditutup sempenaMinggu Emas dari 1-7 Okt, pasaran mungkin mengambil pendekatan berhati-hati," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...