Home Pasaran Kadar Faedah AS Turun, Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Kadar Faedah AS Turun, Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Kadar Faedah AS Turun, Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Sept(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian ketara selepas pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asasyang memacu sentimen pasaran serantau.

Sewaktu pasaran ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.06 mata atau 0.3 peratus kepada1,665.65.

Pada awal urus niaga, indeks itu menokok 2.68 mata kepada 1,663.27 dan bergerak dalam julat 1,657.13 hingga 1,665.84 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu898 berbanding 322 manakala 392 kaunter tidak berubah, 893 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 3.99 bilion unit bernilai RM4.08 bilion daripada 2.30 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Rabu.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan peningkatan yang sederhana, dipacu oleh keuntungan sektor utiliti dan perindustrian.

Bagaimanapun, indeks teknologi dan pembinaan menunjukkan momentum kenaikan memberangsangkan dengan masing-masing mencatatpeningkatan lebih 2.5 peratus dan prestasi ituturut dijejaki saham bermodalsederhana dan kecil.

"Meskipun mungkin terlalu awal untuk mengaitkan keuntungan ini susulan pengurangan kadar faedah oleh Fed, tidak dinafikan langkah pelarasanitu telah memacu sentimen pasaran secara keseluruhannya, merangsang keyakinan pelabur dan menaikkan harga saham yang merentasi pelbagai sektor," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...