Kredit: DOSM
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) — Jualan sektor pembuatan Malaysia bagi tempoah Januari-Jun 2024 mencecahRM921.5 bilion,meningkat 3.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua PerangkawanDatuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah pekerja sektor itu pula meningkat 1.0 peratus kepada 2.37 juta, manakala gaji dan upah meningkat 1.3 peratus kepada RM49.3 bilion.
"Selanjutnya, nilai jualan bagi setiap pekerja mencatatkan RM388,904, merekodkan pertumbuhan 2.7 peratus," katanya dalam laporan Perangkaan Pembuatan Bulanan bagi Jun 2024 yang diterbitkan hari ini.
.jssora061 {display:block;position:absolute;cursor:pointer;}
.jssora061 .a {fill:none;stroke:#fff;stroke-width:360;stroke-linecap:round;}
.jssora061:hover {opacity:.8;}
.jssora061.jssora061dn {opacity:.5;}
.jssora061.jssora061ds {opacity:.3;pointer-events:none;}
html,body{display:block;margin: 0px;}
bootstrap slideshow
Bagi suku kedua 2024, jualan bagi sektor pembuatan mencapai RM464.2 bilion, mencatatkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus (suku pertama2024: 1.8 peratus),disumbangkan terutamanya oleh subsektor produk peralatan elektrik danelektronik (7.3 peratus); dan makanan, minuman dan tembakau (8.2 peratus).
"Selain itu, bilangan pekerja sertagaji danupah yang dibayar pada suku ini masing-masing meningkat sebanyak 1.0 peratus (suku pertama2024: 0.5 peratus) dan 1.4 peratus (suku pertama2024: 1.2 peratus)," katanya.
Mohd Uzir berkata jualansektor pembuatan kekal stabil dengan peningkatan 5.9 peratus, berjumlah RM156.1 bilion pada Jun 2024,dipacu terutamanya oleh subsektor produk peralatan elektrik danelektronik, yang meningkat sebanyak 7.1 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 12.2 peratus pada Mei 2024.
.jssora061 {display:block;position:absolute;cursor:pointer;}
.jssora061 .a {fill:none;stroke:#fff;stroke-width:360;stroke-linecap:round;}
.jssora061:hover {opacity:.8;}
.jssora061.jssora061dn {opacity:.5;}
.jssora061.jssora061ds {opacity:.3;pointer-events:none;}
html,body{display:block;margin: 0px;}
bootstrap slideshow
“Pertumbuhan itu turut disokong oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau, dengan peningkatan sebanyak 8.6 peratus; dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka,meningkat sebanyak 11.1 peratus.
"Berasaskan bulan ke bulan, nilai jualan tumbuh 0.8 peratus dari RM154.9 bilion pada Mei 2024," katanya.
Beliau berkata nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport, yang menyumbang 73.1 peratus, terus berkembang pada kadar yang lebih pantas sebanyak 6.0 peratus pada Jun 2024 (Mei 2024: 4.6 peratus), manakala industri berorientasikan domestik meningkatsederhana 5.5 peratus (Mei 2024: 7.9 peratus) disebabkan penurunan 5.2 peratus dalam jualan kenderaan bermotor, treler dan semitreler.