Home Pasaran Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika kebimbangan mengenai tindak balas terhadap tarif yang dijangka berkuat kuasa pada 2 April yang hanya menjadikan pelabur lebih berhati-hati.

Pada 6 petang, ringgit di paras4.4325/4370 berbanding dolar AS daripada 4.4180/4220 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang memetik Laporan Tahunan 2024 Bank Negara Malaysia(BNM) yang dikeluarkan hari ini, berkata sasaran utama makroekonomi bagi 2025 kekal tidak berubah.

Beliau juga menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 peratus manakala kadar inflasi pada2.0 peratus hingga3.5 peratus.

"Ini menunjukkanpenilaian ekonomi tidak menyimpang secara material walaupun terdapat prospek mencabar berikutan langkah mengenakan tarif," katanyakepada Livevartha.

Mohd Afzanizam juga menjangkakan kadar dasar semalaman kekal pada 3.00 peratus yang akan menyaksikan perbezaan kadar faedah dengan kadar AS akan terus mengecil.

“Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengurangkan Kadar Dana Rizab Persekutuan sebanyak dua kali padatahun ini berdasarkan unjuran terkini oleh pegawainya.

“Ini sepatutnya memberi sokongan kepada ringgit, iaitu berkemungkinan pada separuh kedua tahun ini apabila terdapat lebih banyak kejelasan mengenai dasar AS," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...