Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Jangkaan Permintaan Susut, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Jangkaan Permintaan Susut, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Jangkaan Permintaan Susut, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Rabu, susulan kebimbangan mengenai kelemahan permintaan dalam minggu-minggu mendatang yang mungkin meningkatkan paras stok simpanan dalam negara.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata tekanan penurunan harga itu turut diburukkan lagi dengan penyusutan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

“Kami menyaksikan paras sokongan padaRM4,750 satu tan metrik manakala rintangan pada RM4,950,” katanya kepada Ng told Livevartha.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa Disember 2024 susut RM90 kepada RM4,926 satu tan, kontrak Januari 2025 turunRM98 kepada RM4,863 manakala Februari2025 berkurangan RM109 kepada RM4,815.

Kontrak Mac2025 menguncup RM108 kepada RM4,729 satu tan, April 2025 susut RM105 kepada RM4,629 manakala Mei 2025 turun RM94 kepada RM4,526.

Jumlah dagangan merosot kepada 92,644lot daripada 96,083 pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 244,155 kontrak daripada 252,020 sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Disember Selatan susut sebanyak RM20 kepada RM5,060 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...