Sunday , 23 February 2025
Home Pasaran Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing
Pasaran

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.84 mata atau 0.55 peratus kepada 1,582.76 daripada 1,591.60 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.88 mata lebih tinggi kepada 1,592.48 sekali gus menjadi paras tertinggi harian, dan kemudian turun serendah 1,580.94 pada pertengahan petang.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 715 berbanding 313, manakala 465 kaunter tidak berubah, 815 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.98 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah bagi hari ketiga berturut-turut, dengan penurunan diterajui sektor telekomunikasi dan utiliti.

“Walaupun pasaran tempatan lemah namun ekuiti Asia mencatatkan peningkatan pada Isnin, didorong oleh prestasi kukuh dalam sektor teknologi Hong Kong, dengan pelaburan berterusan didorong lonjakan minat susulan DeepSeek.

“Memandangkan tempoh pelaporan prestasi kewangan sedang berlangsung, Alibaba dan Baidu dijangka mengumumkan prestasi mereka inggu ini, yang boleh menunjukkan potensi pertumbuhan perolehan didorong kecerdasan buatan,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...