Home Pasaran Indeks Petunjuk Utama FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Indeks Petunjuk Utama FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

Indeks Petunjuk Utama FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Livevartha) — Momentum peningkatan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus bertahan pada dagangan tengah hari Selasa, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih, kata penganalisis.

Pada12.30 tengahhari, indeks berkenaan menokok 2.49 mata atau 0.15peratus kepada1,639.03 daripada paras 1,636.54 di akhir dagangan semalam.

FBM KLCI yang dibuka menokok2.02 mata kepada 1,638.56, juga bergerak dalam julat 1,636.89 dan 1,640.42 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Pasaran secara meluas bagaimanapun kekal negatif dengan530 kaunter rugi berbanding 327 kaunter untung manakala 445 lain kekal tidak berubah, sebanyak 1,175 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.38bilion unit bernilaiRM1.09bilion.

Sementara itu,Maybank Investment Bank Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata pelabur kini memberi tumpuan terhadap perincian Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, selain pengumuman pelaporan pendapatan korporat utama Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada minggu ini.

“Secara teknikalnya, kami menjangkakan indeks petunjuk utama bursa menyaksikan dagangan dalam julat1,625 hingga 1,645 pada hari ini dengan paras sokongan pada paras1,623 hingga 1,596,” kata bank pelaburan itu.

Bagi saham wajaran tinggi,Maxis naik 7.0 sen kepada RM3.73, Nestle meraih RM1.50 kepada RM104.00,Public Bank menokok 50 sen kepada RM4.44, Maybank meningkat 10 sen kepada RM10.64 dan Sunway menambah 4.0 sen kepada RM4.39.

Kaunter aktif menyaksikansyarikat yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, Northeast Group meraih 3.5 sen kepada 53.5 sen, Focus Dynamics menokok setengah sen kepada 2.5 sen, Mpire Global naik 2.0 sen kepada 14.0 sen, Bina Puri sebaliknya tidak berubah pada 35.5 sen manakala Perdana Petroleum susut 2.0 sen kepada 28 sen.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...