KUALA LUMPUR, 6 Mac (Livevartha)– Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia kekal dalam wilayah kurang memberangsangkan pada tengah hari Khamis susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan.
Pada 12.30 tengah hari, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.40 mata atau 0.35 peratus kepada1,559.02 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.
Saham wajaran tinggi CIMB susut 25 sen kepada RM7.55, Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.54 dan Hong Leong Bank menguncup 20.0 sen to RM21.10 dengan kesemua kaunter itumengheret turun indeks komposit dengan gabungan sebanyak 6.11 mata
Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok4.53 mata kepada 1,568.95, bergerak dalam julat 1,554.85 hingga 1,569.43 ketika sesi dagangan pagi ini.
Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu520 berbanding 367 manakala 381 kaunter tidak berubah, sebanyak1,074 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak1.86bilion saham bernilai RM1.29bilion.
Dalam nota penyelidikannya hari ini,Malacca Securities Sdn Bhdberkata susulan kenaikan kadar senarai gaji swasta Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, pelabur akan memantau dengan teliti tuntutan pengangguran awaldan keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah, lewat hari ini.
Firma pembrokeran itu juga menjangkakan kerjasamaMalaysia dengan Arm Holdings Plc yang bernilai US$250 jutamampu mewujudkan peluang perdagangan dalam sektor teknologi, terutaman kaunter semikonduktor.
"Selain itu, kami kekal positif terhadap Itmax System dan Time Dotcom berikutan model perniagaan mereka yang berdaya tahan dan pertumbuhan pendapatan yang stabil," katanya.