Wednesday , 12 March 2025
Home Pasaran Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) jatuh kepada 103.419 mata daripada 103.900 mata sebelum ini.

Perkembangan itu, kata penganalisis, dicatatkan walaupun data pekerjaan AS mengatasi jangkaan dengan lebih mengukuh.

Pada8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4095/4170 berbanding dolar AS daripada paras 4.4100/4175 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapeluang pekerjaan AS yang positif dan mengatasi jangkaan iaitu 7.74 juta pada Januari 2025 berbanding anggaran konsensus sebanyak 7.6 juta turut membantu melonjakkan hasil Perbendaharaan AS dengan masing-masingbon dua tahun dan 10 tahun meningkat enam dan tujuh mata asas kepada 3.94 peratus dan 4.28 peratus.

Ekuiti global juga susut semalam berikutanketidaktentuan mengenai tarif AS yang mendorong peniaga dan pelabur untuk kekal bertahan.

“Pasaran akan menunggu lebih banyak petunjukbagi melihat jika Rizab Persekutuan AS dapat mengalihkan pendirian yang cenderung melonggarkan dasar monetari menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan akan datang pada minggu depan.

“Sehubungan itu, pengumuman data Indeks Harga Pengguna AS pada malam ini akan diikuti rapat oleh peniaga," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam juga menjangkakan USDMYR kekal mendatar pada hari ini.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah...