Home Pasaran IILM Selesai Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$990 Juta
Pasaran

IILM Selesai Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$990 Juta

IILM Selesai Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US0 Juta

Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM)

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Livevartha) — Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) berjaya menyelesaikan terbitan semula agregat US$990 juta (US$1=RM4.36) untuk sukuk jangka pendek dalam tiga tempoh berbeza iaitu satu, tiga dan enam bulan.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ketiga-tiga siri itu pada harga kompetitif sebanyak 5.35 peratus untuk US$330 juta bagi tempoh satu bulan; 5.15 peratus untuk US$350 juta untuk tempoh tiga bulan dan 5.00 peratus untuk US$310 juta bagi tempoh enam bulan.

Terbitan sukuk terkini itu menandakan lelongan ke-10 IILM pada tahun ini, katanya.

“Terbitan semula sukuk IILM hari ini menyaksikan tender yang kompetitif dalam kalangan peniaga utama dan pelabur daripada pasaran di seluruh Majlis Kerjasama Teluk, Eropah dan Asia.

“Gabungan nilai perolehan kontrak ini melebihi US$2.05 bilion, mewakili purata nisbah bida kepada perlindungan sebanyak 207 peratus,” katanya.

Katanya setakat ini pada tahun ini, IILM telah menerbitkan sukuk berjumlah keseluruhan US$9.37 bilion untuk 30 siri sukuk.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...