Home Pasaran ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Dairpada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Pasaran

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Dairpada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Dairpada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

Kredit: ICT Zone Asia Bhd

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Livevartha) — Syarikat penyelesaian pembiayaan teknologi ICT Zone Asia Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM26.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena pemindahannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pemindahan ini dijadualkan pada 3 Jun 2025 dan akan melibatkan terbitan awam sebanyak 133 juta saham biasa baharu berharga 20 sen sesaham.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tommy Lim Kok Kwang berkata penyenaraian di Pasaran ACE akan memberi peluang kepada syarikat untuk mengembangkan perniagaan secara organik dengan menerima akses kepada pembiayaan daripada pasaran modal Malaysia.

Langkah ini juga akan meningkatkan kapasitinya untuk memenuhi permintaan pihak berkepentingan yang semakin meningkat, disokong oleh kebolehlihatan yang lebih baik dalam pasaran meluas.

"Daripada hasil sebanyak RM26.6 juta, RM21 juta (atau hampir 80 peratus) akan diperuntukkan untuk mengembangkan perniagaan pembiayaan teknologi kami.

“Sebanyak RM1.5 juta lagi akan diperuntukkan untuk usaha jualan dan pemasaran manakala lebihan dana akan menampung perbelanjaan berkaitan penyenaraian bagi pemindahan ke Pasaran ACE," katanya pada pelancaran prospektus hari ini.

Syarikat itu juga berhasrat untuk memperkukuh kedudukan dan menumpukan untuk mencapai sasaran RM500 juta bagi tempahan belum dimasuk kira dalam tempoh tiga tahun.

ICT Zone Asia terus menunjukkan prestasi kukuh dengan mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM127.8 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM9.1 juta.

"Model perniagaan berdasarkan kontrak, kebolehlihatan hasil serta kecekapan operasi kumpulan menawarkan aliran tunai yang stabil dan boleh dijangka kepada pelabur.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...