Home Pasaran Harga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Dirangsang Oleh Permintaan Selamat
Pasaran

Harga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Dirangsang Oleh Permintaan Selamat

Harga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Dirangsang Oleh Permintaan Selamat

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disangga oleh permintaan yang stabil.

Menurut seorang peniaga,pelabur berpusu-pusu membeli emas sebagai aset selamat, memacu permintaan serta harganya di tengah-tengah konflik yang meningkat di Timur Tengah dan sentimen berhati-hati yang timbulmenjelang pengumuman data senarai upah bukan perladangan Amerika Syarikat yang kritikal menjelang lewat malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,669.80 setiap auns troy berbanding US$2,655.80 setiap auns troy yang disaksikan semalam, manakala November 2024 menokok kepada US$2,691.10 setiap auns troy daripada US$2,677.60.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$2,691.60 setiap auns troy berbanding US$2,677.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 33 lot daripada tiga lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 67 kontrak daripada 20 kontrak.

Berdasarkanpenetapan petang London Bullion Market Association pada 3 Okt, harga emas fizikal berada pada US$2,647.65 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...