Home Pasaran GMM 20 Ditutup Rendah Susulan Sentimen Pasaran Tidak Menentu
Pasaran

GMM 20 Ditutup Rendah Susulan Sentimen Pasaran Tidak Menentu

GMM 20 Ditutup Rendah Susulan Sentimen Pasaran Tidak Menentu

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Livevartha) — Harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 di pasaran tempatan ditutup rendah apabila jangkaan yang semakin meningkat mengenai langkah rangsangan China seterusnyatelah diimbangi oleh penyusutan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras.

Peniaga berkata China dilaporkan akan memperkenalkan lebih banyak inisiatif tahun ini.

Langkah itu termasuk meningkatkan penggunaan di samping memperluas skim tukar beli pengguna selepasrangsangan skim barangan pengguna itu melonjakkan pertumbuhan penggunaan sebanyak lebih 1.0 peratus tahun lepas, katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata sentimen terhadap China turut didorong oleh laporan mengenai cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkaitan kemungkinan perjanjian perdagangan China-AS, beberapa hari selepas ancaman beliau untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas barangan China menjelang 1 Feb, 2025.

Bagaimanapun, harga minyak mengalami penurunan pada Jumaat dan bergerak ke arah penurunan mingguan apabila Trump mahu harga minyak mentah yang lebih rendah dan pengeluaran tenaga lebih tinggi di AS.

“Pasaran niaga hadapan getah Jepun mendatar hari ini berikutan potensi ketegangan perdagangan antara AS dengan pengguna utama, China, telah mengatasi kebimbangan mengenai bekalan yang berkurangan dari Thailand susulan cuaca hujan,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga GMM 20 susut 8.50 sen kepada 891 sekilogram, manakala lateks pukal meningkat tiga sen kepada 681 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...