Monday , 24 February 2025
Home Pasaran FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar
Pasaran

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua  Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Livevartha) –FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar terutamanya pertumbuhan lemah ekonomi China dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut14.02 mata, atau 0.86 peratus, kepada 1,600.81 daripada paras penutup 1,614.83 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 3.34 mata kepada1,618.17 dan bergerak antara paras 1,600.75 dan 1,618.17 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugimengatasi kaunter untung sebanyak900 berbanding231, 454 kaunter tidak berubah, 785 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusutkepada 3.49 bilion unit bernilai RM2.93 bilion daripada 3.59 bilion unit bernilai RM3.06 bilion pada Rabu.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata gabungan data ekonomi China yang lemah, prestasi kukuh ekonomi AS dan ketidakpastian berhubungdasar perdagangan AS pada masa akan datangtelah mencetuskanpersekitaran yang mencabar bagi pelabur.

Faktor-faktor ini terus menjejaskan minat risiko, seterusnya menyumbang kepada penurunan berterusan FBM KLCI, yang susut lebih daripada 40 matasetakat tahun ini. Tinjauan ekonomi yang lebih meluas masih dibayangi oleh tekanan luar ini.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Ringgit mengukuh...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...