Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari
Pasaran

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 25 Nov(Livevartha) — Indeks barometerBursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.9 mata kepada 1,604.68 daripada 1,589.78 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 4.09 mata kepada 1,593.87, bergerak antara 1,588.46 dan 1,609.29 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 492 berbanding 389 manakala 456 kaunter kekal tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.49 bilion unit bernilai RM1.21 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meneruskan aliran meningkat kepada lima sesi dagangan pada Jumaat lepas, denganDow mencapai paras tertinggi yang pernah dicatatkan pada akhir sesi dagangan.

“Sentimen pelabur didorong dengan harapan terhadap penurunan cukai korporat, pengurangan tarif, pelonggaran peraturandan dasar monetari yang lebih akomodatif di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang baharu,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, di peringkat tempatan, katanya FBM KLCI mencatatkan kenaikan yang berkurangan dalam dagangan lewat pada Jumaat lepas tetapi masih ditutup dalam fasapositif.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...