Home Pasaran FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS
Pasaran

FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS

FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 April (Livevartha) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari iniseiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negaraberkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April.

Semua negara lain akan terus tertakluk kepada dasar tarif asal pada 10 peratus.

Negara-negara ASEAN akan menjadi antara yang terjejas tinggi, dengan Malaysia menghadapi tarif timbal balik sebanyak 24 peratus berbanding Kemboja sebanyak 49 peratus.

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut7.95 mata kepada 1,518.57 daripada 1,526.52 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasarandibuka 9.22 mata lebih rendah kepada 1,517.30.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak301 berbanding 71 manakala 180 kaunter tidak berubah, 1,795 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 133.05 juta saham bernilai RM59.27 juta.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata ekuiti global sedang mengalami penurunan yang ketaradan pasaran Asia mungkin mengalami kesan buruk berikutantarif ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...