Home Pasaran FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih
Pasaran

FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 3 April (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabilaindeks petunjuk pasaranmerosot 0.5 peratus susulan jualan dalamsaham wajaran tinggi terpilihyang diterajui Press Metal, IHH Healthcaredan Tenaga Nasional.

Press Metal susut 16 sen kepada RM4.87, IHH Healthcare turun 14 sen kepada RM6.75 manakalaTNB berkurangan 18 sen kepada RM13.58 yang mengakibatkanpenurunan 6.12 mata dalam indeks petunjuk pasaran.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.61 mata kepada 1,518.91 daripada paras penutup1,526.52 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasarandibuka rendah turun 9.22 mata kepada 1,517.30 dan turun naik antara paras 1,512.32 dan 1,524.41 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 548 berbanding 357, manakala 448 kaunter tidak berubah, 994 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.51 bilion unit bernilai RM1.81 bilion daripada2.37 bilion unit bernilai RM2.03 bilion pada Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata tarif timbal balik 24 peratus yang dikenakan AS ke atas Malaysia menambahkan tekanan terhadapekonomi negara yang dipacu eksport, khususnya bagi sektor elektronik dan pembuatan.

"FBM KLCI kekal mendapat sokongan yangbaik, tetapi sentimen pelabur menjadi lebih berhati-hati berikutan aliran keluar asing. Sebagai perbandingan, negara Asia Pasifik lain, seperti Kemboja dan Vietnam, yang menghadapi tarif yang lebih tinggi, mengalami kejutan yang lebih besar," katanya.

Thong berkata aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul sejurus selepas penjualan hari inikerana negara yang mempunyai tarif lebih rendah dan asas ekonomikukuhseperti Malaysia, berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi cabaran itu.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...