Home Pasaran FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari
Pasaran

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut sebanyak 3.55 mata kepada 1,578.84 daripada 1,582.39 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.84 mata lebih tinggi kepada 1,583.23, dan bergerak dalam julat antara 1,573.44 hingga 1,583.67 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, pasaran lebih luas adalah positif, dengan 489 kaunter untung mengatasi 401 kaunter rugi; 470 kaunter tidak berubah, 1,035 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.43 bilion saham bernilai RM1.42 bilion.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia berpotensi mengalami tekanan hari ini berikutan persekitaran enggan mengambil risiko dijangka meluas ke seluruh pasaran Asia hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.24, Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM14.30, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.51, CIMB rendah lapan sen kepada RM7.23 dan IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM7.06.

Dalam dagangan aktif, Nationgate mengukuh 11 sen kepada RM1.74, Tanco menambah satu sen kepada 94.5 sen, Notion menokok empat sen kepada 73.5 sen, Velesto naik setengah sen kepada 16.5 sen dan Genetec meningkat lapan sen kepada RM1.12.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 6.78 mata kepada 11,790.12, Indeks FBMT 100 rendah 14.58 mata kepada 11,546.07, dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 0.69 mata kepada 11,713.17.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...