Friday , 20 September 2024
Home Pasaran FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.17 peratus atau 2.80 mata kepada 1,654.95 daripada 1,652.15 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.16 mata kepada 1,654.31.

Bursa tempatan ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 196 berbanding 96, dengan 225 kaunter tidak berubah, 1,988 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 147.54 juta saham bernilai RM126.84 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran dijangka menyaksikan lebih banyak aliran masuk dana asing ke Asia, dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS minggu ini.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,650 hingga 1,660 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

IHH Healthcare mendahului kaunter saham wajaran tinggiapabila naik 17 sen kepada RM6.95, diikuti CIMBmenambah sembilan sen kepada RM8.25. YTL Corp meningkat empat sen kepada RM2.59, Press Metal menokok lima sen kepada RM4.83 dan MISC naik lapan sen kepada RM8.12.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...