Sunday , 23 February 2025
Home Pasaran FBM KLCI Lepasi Paras Tertinggi 1,600 Dalam Tempoh Sebulan
Pasaran

FBM KLCI Lepasi Paras Tertinggi 1,600 Dalam Tempoh Sebulan

FBM KLCI Lepasi Paras Tertinggi 1,600 Dalam Tempoh Sebulan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Livevartha) –Bursa Malaysia pulihhari ini untuk mengakhiri pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jualansesi sebelumnya, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggidi tengah-tengah prestasi positifbursaserantau walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

"Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi hariannyaiaitu pada 1,603.05, meningkat sebanyak 13.10 mata atau 0.8 peratusdisokong oleh pemburuan saham pada harga rendah dalam perbankan, telekomunikasi, perladangandan utiliti.

FBM KLCI dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,592.32 daripada1,589.95 ketika ditutup padaIsnin.

Di pasaran lebih meluas, bagaimanapun, pasaran kekal negatif dengan kaunter rugimengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 534 berbanding 492manakala 480 kaunter tidak berubah, 812 tidak diniagakan dan 10 lagi, digantung.

Jumlah dagangan naik kepada3.15 bilion unitbernilaiRM2.66bilion daripada3.0 bilion unitbernilaiRM1.85 bilion pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata lonjakanyang berlaku hari ini dalam FBM KLCI diperkukuh menerusiketerangan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)Jerome Powell apabilabeliau memberi isyarat Fed tidak tergesa-gesa untuk menurunkan lagi kadar faedah.

"Memandangkan perkembangan ini, kami menjangkakan kebanyakan bank pusat di Asiatermasuk Bank Negara Malaysiaakan mengekalkan dasar kadar faedah semasadalam tempoh terdekat," katanya.

Dengan Fed dijangka mengekalkan kadar faedah, Mohd. Sedekmenjangkakan pemulihan berterusan dalam saham bermodalbesarterutamanya yang terlebih jual.

"Ini sepatutnya memberikan dorongan lebih lanjutuntuk trajektori menaikFBM KLCI.Bagaimanapun, sektor teknologi mungkin berdepancabaran dalam persekitaran kadar faedah yang 'lebih tinggi untuk lebih lama' di AS," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...