Home Pasaran FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Bursa Serantau
Pasaran

FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Bursa Serantau

FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Bursa Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 2.12 mata atau 0.14 peratus kepada 1,512.15 daripada 1,510.03 semasa ditutup pada Khamis.

Petunjuk pasaran dibuka 10.08 mata lebih rendah kepada 1,499.95 dan bergerak antara 1,493.29 dan 1,516.25 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 680 berbanding 292 manakala 437 kaunter tidak berubah, 1,009 tidak diniagakan and 13 lain digantung dagangan.

Naib Presiden penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Livevartha indeks serantau kebanyakannya ditutup lebih tinggi dengan pembelian kukuh terhadap saham China dan Hong Kong berikutan bank pusat China berikrar untuk menurunkan kadar faedah.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata dalam kalangan komponen FBM KLCI, saham utiliti meneraju kaunter untung manakala kaunter kewangan menyaksikan penurunan paling ketara.

Bagaimanapun, penurunan dalam saham kewangan adalah tidak ketara sebahagian besarnya berikutan pembayaran dividen ke atas saham tertentu.

“Belian saham semasa harga rendah yang berlaku semalam berterusan sehingga hari ini berikutan tekanan jualan yang tinggi pada awal minggu ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...